ANAK CUTI SEKOLAH

ANAK CUTI SEKOLAH

By Guru Besar

Hari Pertama Cuti Sekolah, hari yang paling ditunggu oleh anak anak. Termasuklah kedua ibu bapa. Kerana ini bakal menjadi hari berharga untuk seisi meluangkan masa bersama. Jadual yang sebelumnya padat dengan suasana berlumba mengejar masa, hari ini seharusnya, sepatutnya lebih santai.

Ini lah masa kita izinkan anak kita untuk melepaskan, meluahkan dan melampiaskan keinginan mereka. Kalau sebelum ini, setelah subuh harus gegas bersiap, hari ini boleh disambung dengan aktiviti riadah dan ke kedai mamak bersama.

Nota: Kedai Mamak ini antara suasana paling berharga kalau anda di Malaysia. Tak percaya cuba! dan kongsikan kembali kepada kami. 

” kurangkan atau kalau boleh elakkan menyentuh topik kerja rumah, belajar, menghafal dan segala yang berkaitan dengan Belajar dan Sekolah ” – Pak Ismahar

Selain itu gajet (iphone, android phone, tablet) yang sebelum ini dikawal mengikut jadual, tidak salah untuk dibenarkan buat mereka. Namun kawalan ke atas kandungan dan penggunaan harus dikekalkan. Antara TIPS untuk jadual biasa penggunaan gajet untuk anak sewaktu minggu bersekolah
  1. Jumaat 8pm to 10pm
  2. Sabtu 10pm to 12pm atau ikut kesesuaian
  3. Ahad 6pm ke atas, tiada lagi gajet
Kawalan sebegini bagus untuk mengurangkan kebergantungan dan hiburan di kalangan anak anak.

Bayangkan sekiranya, ruang dan waktu ini kita padatkan waktu kita bersama mereka. Bermain bersama, Bercerita dan bermacam lagi. Beri mereka ruang untuk bermesra dengan adik beradik mereka. Nescaya, secara tidak langsung, gajet akan mereka lupakan.

Pokoknya, hari yang pertama ini, cuba kurangkan atau kalau boleh elakkan menyentuh topik kerja rumah, belajar, menghafal dan segala yang berkaitan dengan Belajar dan Sekolah agar mereka dapat menikmati bahagia Cuti hari pertama. Kerana Hari kedua masih ada…

Berjumpa di hari kedua.

Sekiranya anda ada cerita atau tips istimewa cuti hari pertama, sila kongsikan kepada kami.

Sebarkan demi kebaikan

Close Menu
×
×

Cart

TUNGGU

Dapatkan maklumat dan update terkini dari guruqu

Promosi, Voucher, Kelas Percuma dan sebagainya