BUKU YANG MENANG DARI PENULIS YANG HEBAT

Dari Komik ke eKomik. Bacaan seisi keluarga.

By Guru Besar

Menulis memang mudah. Menulis dan menarik pelajar untuk membaca, itu yang payah.

Apatah lagi, untuk menghasilkan buku yang bisa memenangi anugerah. Memang luarbiasa!

Ini kisah sebuah Komik yang lahir dari idea pendidik dari IPG. Hadiah istimewa buat anak anak Tahun 3. 

Menulis memang mudah. Menulis dan menarik pelajar untuk membaca, itu yang payah.” 

Ini bukan sebarang buku. Buat pertama kalinya, kami bawakan eKomik yang telah mendapat tempat di dalam ComPEx 2019 Peringkat Kebangsaan.

ComPEx, Pertandingan Inovasi Competition, Presentation, Exhibition

Inovasi Penjana Transformasi Minda Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21.

eKomik Kelas Makanan ini diterbitkan di dalam dwi bahasa, Melayu dan Inggeris. eKomik yang penuh warna ini dapat menarik perhatian pembaca terutama para pelajar yang sedang belajar di Tahun 3.

Sebagaimana banyaknya warna yang digunakan, begitu juga informasi yang disediakan. Mengandungi 17 mukasurat, setiap kandungan disampaikan dengan bahasa yang mudah dan warna yang berpadanan. Ini bagi memastikan minat para pelajar untuk terus membaca. Menariknya tentang eKomik ini, bacaan boleh dilakukan terus dari telefon mudah alih (SmartPhone).

Makanan Seimbang dan Piramid Makanan dihurai dan disampaikan dengan cukup ringkas tetapi maklumat yang bakal diterima oleh pelajar adalah menyeluruh.

Selain para pelajar, ibubapa juga boleh mendapat manfaat dari eKomik ini. Membaca buku ini bersama, selain anak anak belajar, ibu bapa secara tidak langsung akan belajar untuk mengajar anak anak.

Ini pastinya memberi pengalaman yang baru kepada Ibubapa dan Pelajar. Secara tidak langsung, kita lekakan anak kita di Telefon mudah alih, cuma kali ini dengan “hiburan” yang lebih bermanfaat.

eKomik ini telah memenangi annugerah ComPEx pada 25 – 27 Jun 2019 bertempat di IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan

Sebarkan demi kebaikan bersama

Recent Posts
Close Menu
×
×

Cart

TUNGGU

Dapatkan maklumat dan update terkini dari guruqu

Promosi, Voucher, Kelas Percuma dan sebagainya