Cikgu Elly

Cikgu yang mengajar Para Guru

By Guru Besar

Memperkenalkan Profil guruQu yang pertama. Bukan biasa biasa orangnya. Kalau kami di guruQu, mengumpulkan para guru. CIkgu Elly pula adalah cikgu yang mengajar para guru.

Selamat Datang Cikgu Elly! Sedikit profil tentang Cikgu Elly…

Cikgu Elly

“Cikgu Elly antara Cikgu yang mengajar para guru” – GuruQu

Pn Ellyza binti Karim merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (USM) dalam bidang Biologi yang bergraduasi pada tahun 2001.

Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Pendidikan Sains dengan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (UM) di bawah tajuk kajian “Penilaian koswer PPSMI Sains Tingkatan Empat” yang diperoleh pada tahun 2008.

Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengukuran dan Penilaian (UKM) dengan kajian pembinaan instrumen Kemahiran Proses Sains.

Pengalaman mengajar pertama ialah sebagai guru Sains dan Biologi di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang mulai tahun 2001 hingga 2006. Selepas selesai cuti belajar peringkat sarjana, beliau meneruskan perkhidmatan sebagai Pensyarah Jabatan Sains di IPG Kampus Pendidikan Teknik, Cheras, Kuala Lumpur pada penghujung tahun 2007.

Kini, IPG Kampus Pendidikan Teknik telah berpindah ke Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Pada tahun 2013, beliau telah dilantik sebagai Pensyarah Cemerlang (PC) bidang Pendidikan Sains DG48 dan seterusnya sebagai PC DG52 pada tahun 2018.

Bermula pada tahun 2019, beliau telah ditempatkan ke Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG KPT.

Oh ya, ada buah tangan istimewa dari Cikgu Elly. Tunggu

Sebarkan demi kebaikan bersama

Recent Posts
Close Menu
×
×

Cart

TUNGGU

Dapatkan maklumat dan update terkini dari guruqu

Promosi, Voucher, Kelas Percuma dan sebagainya