Cikgu Isma

Cikgu Isma. Dari Chemor ke Johor

By Guru Besar

Memperkenalkan Profil guruQu minggu ini, CIkgu Isma. 

Katanya yang membakar semangat beliau menjadi guru adalah ibunya.

“Dari Chemor ke Johor” – GuruQu

Dari Chemor ke Johor. Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud Chemor ini, kini telah bergelar Guru. Berbekalkan ilmu dan paling penting semangat dari ibu tercinta yang telah membakar semangat beliau menjadi seorang guru.

Jalan yang dirintih bukan mudah. Belajar jauh ke UTM Johor demi Ilmu dan Ijazah. Sambil mengeram rindu kepada keluarga. Akhirnya setelah rasmi menjadi guru, Matematik menjadi subjek utama pengajaran beliau. Walaupun subjek ini bukanlah pilihan atau kegemaran beliau, namun demi anak bangsa dan keperluan pada waktu itu maka usaha ini diteruskan. 

Selama 13 tahun memegang kapur, akhirnya hasrat beliau untuk mengajar subjek kegemaran beliau menjadi kenyataan.

 

Lukisan Kejuruteraan adalah subjek kegemaran yang beliar tunggu untuk dikongsikan bersama pelajar. Akhirnya, dari kapur ke pembaris. Beliau kini telah 8 tahun menabur bakti. 

Selain dari itu, beliau juga sering melibatkan diri di dalam rekacipta dan pembuatan video. Menurut beliau, cara mengatasi stress dalam mengajar bukanlah dengan mengurang atau mengelakkan aktiviti dengan pelajar dan sekolah. Sebaliknya, buat aktiviti tambahan bersama pelajar, seperti rekacipta inilah yang banyak membantu mengurangkan stress beliau.

Sebarkan demi kebaikan bersama

Recent Posts
Close Menu
×
×

Cart

TUNGGU

Dapatkan maklumat dan update terkini dari guruqu

Promosi, Voucher, Kelas Percuma dan sebagainya