CUTI SEKOLAH Hari ke 2

CUTI SEKOLAH HARI KE 2

By Guru Besar

Hari Kedua Cuti Sekolah, sekiranya ada ruang dan peluang, kita sebagai ibu bapa, bawa anak anak jumpa ibu dan bapa kita. Boleh jadi mereka rindu. Tapi yang pasti, ibu bapa kita pasti lebih rindukan cucu.

Menariknya bila berkunjung ke rumah ibu bapa kita, secara tak langsung, ahli keluarga yang lain, adik beradik kita, sepupu anak anak kita biasanya akan turut ada.

ibu bapa harus lebih berani! Letakkan telefon seketika. Tinggalkan PUBG Mobile buat sementara ” – Pak Ismahar

Biasalah cuti sekolah. Kebiasaannya, perjumpaan sebegini bagus untuk anak anak. Selain bertemu kembali “teman” lama, mereka juga akan bermain bersama, makan & bergaul bersama, doa dan solat bersama dan ini akan memberi dan menambah keyakinan buat mereka dalam berhubungan dan berkomunikasi. Selain itu, pastinya akan mengeratkan silaturrahim.

Langkah berikutnya, ibu bapa harus lebih berani! Letakkan telefon seketika. Tinggalkan PUBG Mobile buat sementara. Cukup lah kemaskini status Facebook/ Instagram buat seketika dan ajak anak anak ini duduk bersama. Ambillah peluang ini untuk bertanya pada mereka tentang perkembangan mereka di sekolah dan keputusan dan kemajuan anak anak lain.

Ini bagus untuk menilai potensi dan kemajuan anak kita juga. Kita boleh tahu sejauh mana kemajuan anak. Bukan untuk tujuan perbandingan tetapi untuk rekod kita supaya kita menjadi lebih peduli. Dari peduli inilah yang akan mendorong kita mengambil langkah wajar seterusnya.
 

Waktu ini juga, kita harus selitkan sedikit bibit bibit pelajaran dan pembelajaran bagi memudah kan kita untuk menarik kembali mereka ke meja dan belajar bersama kita esoknya…

Berjumpa di hari ketiga.

Sekiranya anda ada cerita atau tips istimewa cuti hari pertama, sila kongsikan kepada kami.

Sebarkan demi kebaikan bersama

Close Menu
×
×

Cart

TUNGGU

Dapatkan maklumat dan update terkini dari guruqu

Promosi, Voucher, Kelas Percuma dan sebagainya