GuruQu Sebuah Idea

GuruQu

By Guru Besar

Terdapat satu idea yang disebut Inisiatif GURUQU, idea itu adalah untuk mengumpulkan sekumpulan guru guru yang berpengalaman dan professional yang mahir dalam pengkhususan ilmu, yang luar biasa dan komited membawa perubahan dalam arus pendidikan, lihat jika mereka boleh menjadi sesuatu yang lebih baik dan lihat jika mereka boleh memberi kerjasama bilamana ada pelajar atau ada ibu bapa yang memerlukan mereka untuk memberikan ilmu tambahan di rumah.

“Effortless Schooling”

GURUQU
Di samping berkongsi ilmu sebagaimana lazim, para guru dapat menambah sumber pendapatan. Inisiatif ini juga dapat membantu bakal bakal guru, yang selesai bergraduat dalam mencari pendapatan sebelum ditempatkan di sekolah. Golongan Professional juga boleh berbakti dan menikmati sendiri pengalaman menjadi pendidik terutamanya di dalam bidang khas seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Pengajian Al – Quran atau kursus professional lainnya.

Pelajar

Cabaran hari ini memerlukan para pelajar dibimbing secara tambahan di luar dari waktu pembelajaran rasmi. Pastinya, mendapat ilmu tambahan dari rumah, adalah suatu nikmat keselesaan dan kemudahan pembelajaran di dalam persekitaran yang mereka gemari

Ibu Bapa

Mengajar sendiri adalah baik. Namun cara mengajar, bukan kemampuan untuk semua. Pilihan ibu bapa untuk melihat sendiri bagaimana anak di ajar di samping melihat sendiri cara dan proses pembelajaran itu adalah lebih bermakna. Kenali dan nilai kemampuan belajar anak kita dari kaca mata kita!

Close Menu
×
×

Cart

Dengan mendafta, anda bersetuju untuk mendaftar

TUNGGU

Dapatkan maklumat dan update terkini dari guruqu

Promosi, Voucher, Kelas Percuma dan sebagainya