MASA UNTUK BELAJAR

MASA UNTUK BELAJAR

By Guru Besar

Hari Ketiga Cuti Sekolah, Adalah masa yang tidak ditunggu oleh sesiapa andai belajar akan menjadi topik bicara. Cuti sekolah kot. Jangankan anak anak, ibu bapa pun ikut sama. Mana taknya, kalau mengajar anak, bila nak update status FB dan upload gambar di IG. Kan? 

Pahit? Yang benar itu lah yang pahit. ha ha ha hadam!

“Pahit? Yang benar itu lah yang pahit. ha ha ha hadam!” – Papa

Bagi ibu bapa yang bekerja, ada 2 pilihan

1. Meletakkan “beban” jaga anak kepada ibu bapa di kampung
2. Menghantar anak ke kelas atau sekolah transit

Apapun pilihan antara keduanya, sediakan jadual dan sertakan latih tubi. Paling tidak, bekalkan bahan bacaan.

Berbeza dengan ibu bapa yang mengambil cuti atau sejenis yang bekerja dari rumah. Kelebihan ini harus di manfaatkan sepenuhnya.

Disamping mengajar, kita sendiri boleh tahu hasil pemahaman anak kita. Paling penting…kita juga akan dapat bayangkan betapa seorang Guru yang mengajar 40 murid serentak itu, bagaimana situasi dan rasanya.

Ini peluang kita, satu sama satu atau satu sama 2 anak. Cuba dan mula membimbing dan dalam masa sama menambahbaik pemahaman dan kebolehan anak kita. Memadai bermula dengan membaca, membaca dan membaca. Sebelum masuk ke mengira, menghafal dan sebagainya.

Sebagai ingatan…Kita boleh mengajar, tetapi cara mengajar…

Berjumpa di hari keempat.

Sekiranya anda ada cerita atau tips istimewa cuti hari pertama, sila kongsikan kepada kami.

Sebarkan demi kebaikan bersama

Close Menu
×
×

Cart

TUNGGU

Dapatkan maklumat dan update terkini dari guruqu

Promosi, Voucher, Kelas Percuma dan sebagainya