MULA SEKARANG!

5 TIPS JADI GURU

By Guru Besar

5 Tips: Jana Pendapatan Dengan GuruQu

1 Pelajar 1 Guru. Ini akan memberikan lebih fokus kepada guru dalam mengajar, dan pelajar untuk belajar.

Di GuruQu, anda tidak semestinya mempunyai diploma ataupun ijazah dalam bidang pendidikan untuk mengajar. Kami akan kongsikan beberapa tips untuk memimpin anda.

Bagaimana ingin bermula?

Para guru, tidak perlu khuatir. Objektif utama adalah fokus kepada kelebihan dan kelemahan seseorang pelajar dan membantu sehingga pelajar tersebut dapat menguasai subjek tertentu.

“Satu Pelajar, Satu Guru” – Guru Besar, GuruQu 

5 Tips untuk Para Guru

Ini adalah tips-tips yang dapat membantu anda untuk bermula di GuruQu.

  1. Mulakan dengan mengajar subjek yang lebih mudah atau subjek sekolah rendah.
  2. Sentiasa update perkembangan dunia pendidikan terkini seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) & Science Technology Engineering Maths (STEM)
  3. Semak kembali buku rujukan dan buku latihan terbaru di pasaran dan cuba buat latihan tersebut.
  4. Belajar daripada rakan, mentor dan coach yang berpengalaman dalam bidang ini.
  5. Bertanya kepada guru-guru yang mengajar di sekolah tentang perkembangan dunia pendidikan.

Apapun, ianya bergantung kepada diri kita 
sendiri. Untuk mempunyai pengalaman, kita mesti bermula dan mengambil tindakan! Pada mulanya mungkin kita akan rasa sukar dan sebagainya. Lama-kelamaan ia akan menjadi mudah bagi kita. Sampai ke suatu tahap, mungkin tidak perlu membawa buku kerana ia sudah sebati dalam minda.

Jadi, sentiasa berfikiran positif dan memperbaharui niat setiap kali mengajar. Pastikan usaha adalah sebaik mungkin

Artikel diolah dari Coach Mohd Noor

Sebarkan demi kebaikan

Close Menu
×
×

Cart

TUNGGU

Dapatkan maklumat dan update terkini dari guruqu

Promosi, Voucher, Kelas Percuma dan sebagainya