Terma & Syarat – GURU

Terma & Syarat Guru

By Guru Besar

Terma & Syarat

Projek Komuniti ini di bangun dan di selenggara oleh Aneqa International Sdn Bhd. Dengan mengakses dan menggunakan aplikasi GuruQu, bermakna anda telah memahami dan bersetuju dengan Terma & Syarat kami.

Pendaftaran

  1. Untuk pendaftaran Guru, Anda digalakkan untuk mengisi maklumat peribadi anda, termasuk data peribadi, profil ringkas, pengalaman serta pendidikan. Pastikan setiap maklumat adalah tepat dan benar.
  2. Masukkan nombor telefon dan email yang aktif, bagi memudahkan perhubungan.
  3. GuruQu berhak menolak pendaftaran sekiranya Terma & Syarat tidak dipatuhi

GuruQu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau bentuk kerosakan yang timbul dari kegagalan untuk mematuhi kesemua Terma & Syarat

Akaun GuruQu

  1. No ID dan kata laluan adalah tanggungjawab anda.
  2. GuruQu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau bentuk kerosakan yang timbul dari kegagalan untuk mematuhi kesemua Terma & Syarat
  3. GuruQu, pada bila bila masa berhak untuk membatalkan akaun yang didaftarkan sekiranya didapati melanggar Terma & Syarat atau tidak lagi aktif dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.

Profil Guru

  1. Sila pastikan maklumat Pendidikan & Pengalaman adalah lengkap dan tepat
  2. Setiap Guru akan bertanggungjawab ke atas material pengajaran yang akan disediakan.

Kelakuan Guru

  1. Guru, pada setiap masa, harus mengamalkan sikap bertanggungjawab dan profesional semasa sesi bersama pelajar.
  2. Guru juga harus dalam keadaan bersedia bersama persediaan pengajaran.
  3. Guru harus hadir dan berada dalam talian (online) pada waktu yang telah ditetapkan dan yang telah dipersetujui bersama. Sekiranya, guru tidak dapat hadir, sila maklumkan kepada pelajar sekurang-kurangnya 3 hari sebelum waktu mengajar beserta alasan yang munasabah
  4. Guru juga bersetuju dikenakan tindakan sekiranya Syarat & Terma tidak dipenuhi. Tindakan yang dikenakan adalah seperti penggantungan sementara atau tetap oleh GuruQu
Close Menu
×
×

Cart

TUNGGU

Dapatkan maklumat dan update terkini dari guruqu

Promosi, Voucher, Kelas Percuma dan sebagainya